Categories: Trending

TNB Umum Diskaun Bil Elektrik Mulai 1 Oktober Hingga Hujung Tahun , 3 Insentif Buat Pengguna

Berita baik untuk korang!

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus kepada lebih tujuh juta pengguna  pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung Malaysia hingga akhir tahun.

Diskaun Bil Elektrik mulai 1 Oktober hingga 31 Disember 2020

Diskaun bil elektrik ini adalah berdasarkan penggunaan elektrik bulanan dari 1 Oktober sehingga 31 Disember ini. Ia merupakan salah satu langkah TNB dalam usaha untuk membantu memulihkan ekonomi negara ketika pandemik ini.

Kredit: TNB

TNB berkata, pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

3 Inisiatif buat pengguna

Selain itu, TNB juga akan meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun iaitu: 

-Pelan Bayaran Mudah (pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan)

-Pengecualian surcaj lewat bayar (bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020) 

-Penangguhan aktiviti pemotongan bekalan, kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan daripada pihak berkuasa.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web TNB (www.tnb.com.my/prihatin).

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”