Categories: Trending

Ini Cara Daftar Permohonan Bantuan RM300 Khas Buat Ibu Tunggal

Menerusi insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Jun lalu, golongan ibu tunggal di Malaysia kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online.

Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Syarat Layak Mohon

Terdapat tiga faktor yang diambil kira sekiranya ingin memohon bantuan ini antaranya;

1. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

2. Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.

3. Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Cara daftar permohonan

  1. Muat naik borang permohonan disini
  2. Lampirkan dokumen sokongan bersama-sama borang permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal
  3. Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui pos ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.
  4. Bagi pemohon yang tinggal di Selangor, bolehlah menghantar borang tersebut ke alamat berikut – Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Tingkat 7 Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Oktober 2020.

Semak permohonan

Bagi anda yang sudah melakukan permohonan, anda boleh melakukan semakan status permohonan anda melalui  laman web http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/

Salma Syahbuddin