Categories: Trending

Jangan Kaitkan Skandal Seks Trump Dengan Anaknya – Jurucakap

Nampaknya satu dunia sedang memperkatakan mengenai skandal seks Presiden Donald Trump yang dikaitkan dengan seorang lagi pelakon filem lucah terkenal, Stormy Daniels.

Akan tetapi isteri Trump, Melania hanya berdiam diri sepanjang laporan yang mendakwa suaminya, mengadakan hubungan sulit dengan bintang itu.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas wawancara dengan Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford disiarkan pada Ahad, wanita pertama itu cuba menangani spekulasi tersebut melalui jurucakapnya.

Tulis Stephanie Grisham menerusi Twitter, “ Walaupun saya tahu media sukakan spekulasi dan gosip lucah, suka saya mengingatkan orang ramai ada anak kecil yang namanya harus disisihkan dari berita dengan cara apa sekali pun,”

Ia merujuk kepada anak tunggal Trumps bersama Melania, Barron, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-12 minggu lepas.

Beberapa laporan mengenai dakwaan ini telah menyebut nama Barron kerana Daniels mendakwa hubungannya dengan Trump berlaku sekitar waktu Barron dilahirkan.

Daniels mengulangi penegasannya dalam rancangan wawancara 60 Minutes oleh CBS bahawa hubungan yang didakwa dengan Trump bermula pada musim panas 2006, hanya beberapa bulan selepas Melania melahirkan Barron.

Daniels memberitahu Anderson Cooper semasa wawancara, bahawa dia telah bertanya kepada Trump mengenai isterinya dan anaknya yang baru lahir tetapi berkata lelaki itu tidak begitu prihatin.

“Saya ada bertanya. Dan dia menolaknya, berkata, ‘oh ya, ya, kamu tahu, jangan risau. Bilik dan barang kami berasingan,”

Trump juga dituduh melakukan hubungan dengan bekas model Playboy, Karen McDougal pada masa yang sama.

Sumber: Newsweek

SGMS Faida