Categories: Trending

Trending #1 di YouTube, Ejen Ali Misi: Juang Raih Lebih Sejuta Tontonan Kurang Dari 24 Jam!

Satu pencapaian luar jangkaan!

Kurang dari masa 24 jam selepas tayangan dan dilancarkan di laman YouTube rasmi, filem pendek terbaru dan pertama Ejen Ali yang berjudul  Misi: Juang telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan dan menduduki tangga #1 carta trending di laman Youtube.

Filem pendek hasil gabungan Primeworks Studios dan WAU Animation yang berdurasi 3:21 minit ini telah dilancarkan pada 25 Disember 2020,  tepat jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube Rasmi EJEN ALI.

Masih mengekalkan lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Malik Abdullah dan Cuurley yang diberikan nafas baru, filem pendek MISI: JUANG merupakan penghormatan khas kepada barisan hadapan dan penghargaan atas usaha berani mereka memerangi pandemik COVID-19.

Berteraskan semangat ​Kita Jaga Kita yang sama, Misi: Juang didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Misi: Juang menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.

Mengetengahkan rendisi baru lagu tema ​Kita Jaga Kita, ​filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang membawa watak cameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.

Ha, kepada mereka yang belum menonton filem pendek Ejen Ali yang berjudul Misi: Juang, jom saksikannya di bawah:

Untuk maklumat terkini mengenai ​Ejen Ali,​ sila layari platform dibawah YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter menggunakan kata kunci carian ‘Ejen Ali’.

Padin