Individu Persoal Tak Hargai Isteri Pertama, Abang Tesla Dedah Punca Kahwin Dua

Pempengaruh media sosial yang sedang hangat diperkatakan, Abang Tesla akhirnya mendedahkan punca dirinya kahwin dua.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, seorang pengikut bertanyakan sebab dirinya berkahwin lagi sedangkan sudah mempunyai isteri.

“Kenapa nak kahwin dua sedangkan satu dah cukup,” tanya individu tersebut.

Menurut Abang Tesla, dia bernikah satu lagi untuk mendapatkan zuriat dan tidak membuat sebarang andaian.

“Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang,” balasnya.

Meninjau di ruangan komen, respons tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen seakan menyalahkan isteri pertama kerana tidak mampu memberikan zuriat.

“Kami terkesan dengan cara macam ini, sebab apa kahwin lain, sebab tak ada anak. Kau rasa kahwin lain akan bagi kau anak. Rezeki Allah itu adil, takut sekarang ini semua kemudahan kau ditarik,

“Dia mengharapkan isteri pertama redha tetapi dia sendiri tidak redha yang Allah belum hadirkan zuriat di rahim isteri pertama,” komen netizen.

Terdahulu, tular di media sosial Abang Tesla memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua dan mendapatkan restu isteri pertama.

@abg.tesla Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami ♬ original sound – ABG.TESLA

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang Saya Belajar Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai” – Kongsi Video Deeptalk, Abang Tesla Bikin Ramai ‘Naik Hantu’Pempengaruh media sosial yang sedang hangat diperkatakan, Abang Tesla akhirnya mendedahkan punca dirinya kahwin dua.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, seorang pengikut bertanyakan sebab dirinya berkahwin lagi sedangkan sudah mempunyai isteri.

“Kenapa nak kahwin dua sedangkan satu dah cukup,” tanya individu tersebut.

Menurut Abang Tesla, dia bernikah satu lagi untuk mendapatkan zuriat dan tidak membuat sebarang andaian.

“Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang,” balasnya.

Meninjau di ruangan komen, respons tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen seakan menyalahkan isteri pertama kerana tidak mampu memberikan zuriat.

“Kami terkesan dengan cara macam ini, sebab apa kahwin lain, sebab tak ada anak. Kau rasa kahwin lain akan bagi kau anak. Rezeki Allah itu adil, takut sekarang ini semua kemudahan kau ditarik,

“Dia mengharapkan isteri pertama redha tetapi dia sendiri tidak redha yang Allah belum hadirkan zuriat di rahim isteri pertama,” komen netizen.

Terdahulu, tular di media sosial Abang Tesla memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua dan mendapatkan restu isteri pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang Saya Belajar Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai” – Kongsi Video Deeptalk, Abang Tesla Bikin Ramai ‘Naik Hantu’

Maya Basir