Categories: HiburanSelebriti

Lepas Buat Kejutan Untuk Isteri, Aeril Zafrel ‘Surprise’ Anak Pula! – “3 Jam Bersama Hayla”

Pelakon Aeril Zafrel tampil berkongsi momen dirinya membuat kejutan untuk anak perempuannya, Hayla Maghfirat Adzkiyaa.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aeril menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril telah meluangkan masa dengan anak keduanya itu selama tiga jam diiringi dengan pelbagai kejutan.

Lebih menarik lagi, Aeril turut membawa isterinya, Wawa Zainal dan anak-anaknya menaiki helikopter sempena ulang tahun kelahiran puteri kesayangan mereka, Hayla.

@aerilzafrel83 jam bersama hayla..♬ Buah Hati – Armada

Kagum melihat gelagat pelakon itu membuat isteri dan anaknya gembira, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Jibril Ibtisam atau Muhammad Fahri.Pelakon Aeril Zafrel tampil berkongsi momen dirinya membuat kejutan untuk anak perempuannya, Hayla Maghfirat Adzkiyaa.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aeril menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril telah meluangkan masa dengan anak keduanya itu selama tiga jam diiringi dengan pelbagai kejutan.

Lebih menarik lagi, Aeril turut membawa isterinya, Wawa Zainal dan anak-anaknya menaiki helikopter sempena ulang tahun kelahiran puteri kesayangan mereka, Hayla.

Kagum melihat gelagat pelakon itu membuat isteri dan anaknya gembira, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Jibril Ibtisam atau Muhammad Fahri.

Fatin Nurain