Categories: HiburanSelebriti

Gara-Gara Cemburu Suami Beri Laluan Pada Perempuan Lain, Ini Reaksi Isteri Fizo Omar

Pelakon dan usahawan Fizo Omar tampil berkongsi reaksi isterinya, Fazeera Nazri yang cemburu selepas dia memberi laluan kepada seorang wanita untuk melintas.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh Fizo menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Lebih mencuit hati, Fizo sempat mengaitkan reaksi spontan isterinya itu dengan situasi sebenar yang dilakukan oleh para wanita pada zaman kini.

“Apa salah i?? Fakta: Orang perempuan memang akan ingat sampai mati kesalahan kita yang sebesar kuman tu, tapi kalau kalau dia yang salah pun tetap jadi betul. Makanya jadi laku harus kuat,” tulisnya.

Embed TikTok

Biarpun hanya melakonkan sahaja momen tersebut, perkongsian tersebut turut meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

 

Fatin Nurain