[VIDEO] Penangan Abang Tesla, Parodi Achey Bikin Netizen Berdekah! – “Jangan Main-Main Dengan Tiara, Tiang Gol Pun Dia Boleh Seret”

Selepas isu kontroversi melibatkan Abang Tesla tular, rata-rata warganet kini tidak terlepas untuk menjadikan konten tersebut sebagai sebuah parodi termasuklah, pelawak popular, Achey.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Achey bersama isterinya, Nor Hasanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne kelihatan telah selesai menunaikan solat sebelum dia bertindak memujuk isterinya seakan-akan meniru aksi Abang Tesla.

“Dia yang aku hargai, dia yang aku cintai. Dia ada waktu susah dia pasti ada waktu aku senang.

“Bila aku minta izin untuk tambah lagi, dia terkejut tapi merelakan, tetapi ada penghalang!” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Bagaimanapun, gelagat Tiara yang datang menerjah ayahnya mencuri perhatian, sekaligus membuatkan rata-rata pengikut pelawak ini terhibur melihat aksi anak perempuannya itu.

Video berdurasi 43 saat itu memperlihatkan Tiara datang bersama barang permainannya menjerit dan berjalan menuju Achey sebelum memukul ayahnya itu dengan anak patung unicorn yang dibawanya.

“Perempuan ni sensitif, belum habis cakap lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut Achey meninggalkan pelbagai respons termasuklah  memuji bakat lawak yang dimiliki Tiara.

Malah, ada juga yang tampil meninggalkan pendapat bahawa tidak memiliki zuriat bukan ‘kunci’ untuk berkahwin dua dan mengamalkan poligami.

Setakat artikel ini ditulis, video tersbeut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin