Uyaina Arshad Akui Takut Tinggal Di Rumah Ada Hiasan Potret & Patung – “Kalau Travel Dengan Baby Tu Janganlah…”

Pengacara Uyaina Arshad akui takut untuk menginap di rumah penginapan yang mempunyai hiasan seperti potret dan patung.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Uyaina menghadiahkan percutian ke Indonesia sempena hari lahir ibunya.

Namun, dia tetap memilih untuk menginap di rumah yang berkonsepkan adat orang Jawa itu kerana turut ditemani keluarganya.

“I booked this place at Airbnb. Honestly, kalau Abang Shahir takde, kitaorang dah tukar tempat lain dah.

“Especially sebab I memang penakut. But Alhamdulillah okay je takde kena kacau ke apa ke. But kalau travel with baby & kids tu janganlah. Cari yang modern k,” ujarnya.

Tambah Uyaina, dia tidak menggalakkan untuk membawa kanak-kanak ke kediaman itu memandang dia juga tidak biasa dengan adat dan budaya orang Jawa.

“I rasa seram sikit nak tinggal dekat rumah ni selain daripada patung dan potret yang ada dekat sini sebab I tak biasa dengan culture dorang.

“So, yang ada anak kecil jangan lah duduk sini. Selain itu, lampu dia warna kuning so dia buat rumah ni jadi lagi suram. Siapa yang jiwa tak kental tu, Assalamualaikum,” jelasnya.

Maya Basir