Akibat Menari Separuh B*g*l, Instafamous Mak Nyah Ditahan Polis

Gara-gara menari separuh bogel disertai dengan pembakaran bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam, pihak polis akhirnya menahan seorang pempengaruh media sosial atau ‘instafamous’ yang dilaporkan sebagai mak nyah.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan laporan polis oleh Badan Pengurusan Bersama I-Soho I-City.

“Penganjur (suspek) yang dikenali dengan nama panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya Jumaat lalu.

“Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.

“Penganjur bagi majlis ini ditangkap semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut.

“Polis juga sedang dalam tindakan untuk menjalankan beberapa lagi tangkapan, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak” katanya.

Tegasnya lagi, pihak Badan pengurusan Bersama (JMB) membuat laporan polis pada 28 Mei lalu selepas mendapat mesej menerusi aplikasi WhatsApp mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan pembakaran bunga api di dewan UG di Central Walk I-City.

Dan, siasatan mendapati sekumpulan lelaki pondan atau mak nyah giat membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta terdapat aktiviti pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin