Alami Batuk & Kuman Dalam Darah Makin Mengganas, Maria Tunku Sabri Mohon Doa Orang Ramai

Bekas penyampai berita TV3 dan juga pengacara terkenal Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), Tengku Maria Tengku Sabri baru-baru ini terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang akibat mengalami bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran terkini beliau dilaman instagram miliknya, Maria dilihat memohon maaf dan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

“Saya nak pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut . Apa nak buat, sakit kan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal, cumanya kuman dalam darah semakin mengganas. 

“Saya perlukan rehat yang banyak. Sudah lima, enam hari tak buat hantaran di Instagram. Tak larat sangat dan masa cakap pun batuk. Memang tak boleh nak cakap banyak sangat. Minta semua doakan saya agar saya kembali pulih dan balik rumah,” katanya.

Selain itu, beliau juga memohon agar kenalan rapat dan ahli keluarga serta followers beliau yang menonton video tersebut menghalalkan segalanya.

“Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan. 

“Saya maafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi,” jelasnya dalam nada sebak.

Salma Syahbuddin