“Muka Senyum, Tapi Hati Tiada Siapa Yang Tahu” – Netizen Kagum Isteri Siap Sarung Gelang Dekat Isteri Muda

Pastinya sukar buat seorang wanita bergelar isteri berkongsi kasih sang suami dengan wanita lain.

Bahkan, isu bermadu atau berpoligami ini sangat sensitif dalam kalangan wanita sehingga kini.

Terbaharu, sebuah video tular di TikTok apabila seorang wanita kelihatan gembira apabila suaminya berkahwin untuk kali kedua bersama wanita muda.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @abdi_negara8181, menunjukkan seorang wanita yang berasal dari Indonesia ini berada di samping bakal madunya semasa proses akad nikah berlangsung.

Namun, wanita itu tidak kelihatan sedih sebaliknya hanya tersenyum sepanjang akad nikah itu berjalan.

Selain itu, wanita tersebut sempat menyarungkan gelang tangan pada madunya dan kelihatan sebak apabila selesai sahaja upacara bacaan doa.

Video tersebut sekaligus mencuri perhatian warganet bukan sahaja dari Indonesia tetapi juga di Malaysia.

“Muka tersenyum, hati tiada siapa yang tahu”

Rata-rata netizen kagum dengan tindakan wanita itu selain menyelami perasaan isteri pertama lelaki tersebut.

@abdi_negara8181

#Istrihebat#IstriPenghuniSurga

♬ suara asli – call me_ abdi – call me_ abdi

Marcella