Arab Saudi Kini Iktiraf Vaksin Sinovac, Penerima Kini Boleh Tunai Haji & Umrah Di Makkah

Negara Arab Saudi telah memberi kebenaran untuk individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman Facebook rasmi beliau.

“Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” kata Zulkifli.

Selain Sinovac, Arab Saudi turut menyenaraikan satu lagi vaksin COVID-19 buatan China iaitu Sinopharm.

Terdahulu, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Ia adalah prasyarat wajib yang diputuskan kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah yang berhasrat ke Tanah Suci.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”