Bantuan BKP RM500 Secara One-Off Dibayar Bermula Esok – PM

Sebanyak RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan diberikan secara one-off mulai esok.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021. Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui portal rasmi BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” ujar Perdana Menteri.

Salma Syahbuddin