“Kami Masih Lagi Buat Persiapan” – Kamal Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat

Pelakon, Kamal Adli menafikan bahawa dia akan berkahwin dengan tunangnya, pelakon Uqasha Senrose dalam masa terdekat.

Menurut Kamal semasa diwawancara dalam program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 (LCK3) yang diadakan secara maya baru-baru ini, dia dan tunangnya masih dalam proses membuat persiapan dan menegaskan tidak akan berkahwin sehingga program LCK3 selesai.

“Tidak lama lagi, InsyaAllah. Sekarang, kami masih membuat persiapan. Jadi, kami belum ada masa untuk berkahwin.

“Kami juga tidak akan berkahwin semasa program LCK3 berjalan ataupun selepas program ini selesai,” katanya.

Dalam wawancara yang sama, Kamal juga dihujani soalan mengenai perkahwinannya, tetapi dia mengelak daripada memberi komen mengenai perkara itu.

Terdahulu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 dan Uqasha Senrose telah mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu.

Sebelum itu, Kamal turut melamar Uqasha secara terbuka menerusi program secara langsung, Anugerah Meletop Era 2020 pada Disember tahun lalu.

Dalam LCK3, Kamal akan memikul tanggungjawab sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) bersama pelakon dan pengacara, Ain Edruce selain juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu.

Marcella