“Makhluk Langsung Tiada Kuasa, Allah Nak Pelihara Pasti Terpelihara” – Isu Hina & Fitnah Melampau, Ebit Lew Tidak Kisah

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat berkongsi momen percutian bersama keluarga menerusi muat naik dilaman instagramnya sejak beberapa hari lalu.

Dalam salah satu posting tersebut, UEL dilihat tidak kisah dengan setiap hinaan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya sejak beberapa bulan lalu membabitkan kes gangguan seksual.

Menurutnya, Allah maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu sedangkan makhluk pula sebaliknya.

“Allah Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan,binasakan, menghina seseorang. Allah nak pelihara pasti terpelihara. 

“Tiada yang berkuasa selain Allah. Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain Allah. Tiada boleh beri kemuliaan atau kehinaan melainkan Allah. La ilaha illallah,” tulisnya.

Pada 19 Ogos lalu, UEL telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan gangguan seksual oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

ARTIKEL BERKAITAN :“Saya Maafkan Sesiapa Saja Dengan…” – Netizen Terkejut Ebit Lew Terpalit Dakwaan Gangguan Seksual

ARTIKEL BERKAITAN :Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN :Rumah Ustaz Ebit Lew Digeledah, Polis Lengkapkan Siasatan

Dan, sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Salma Syahbuddin