Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri Buat Penjawat Awam Akan Dibuat Pada…

Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob, pemberian bantuan kewangan ini termasuk kepada kakitangan di bawah skim ‘Contract for Service’, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah mySTEP.

“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April ini,” katanya.

Tambahnya lagi, bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan khas kewangan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut;

  • Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, PSH dan lantikan di bawah mySTEP berjumlah RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250

Tarikh rasmi bayaran

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April 2022 iaitu pada;

  • Tarikh Bayaran : 25 April 2022

Bantuan khas ini turut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta yang kaan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin