Self Reward Beli Tiket Flight First Class, Dikecam Belajar Di UiTM… Ini Respons Tasnim Shah

Pempengaruh media sosial, Tasnim Shah, 24, menjadi bualan hangat di media sosial sejak Ahad lalu selepas berkongsi beberapa gambar ke Dubai menaiki penerbangan kelas pertama di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Tasnim menjelaskan ia sebagai ganjaran untuk dirinya kerana berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam jurusan perundangan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini.

Susulan perkongsian itu, ramai netizen memberi pelbagai komen dan respons dengan mempersoalkan mengenai harga tiket penerbangan kelas pertama dan mempertikaikan bagaimana dia mendapat tempat di UiTM yang merupakan institut pengajian tinggi awam yang membantu golongan bumiputera berpendapatan rendah dan sederhana.

Sehubungan itu, Tasnim turut memberi komen bahawa tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

“Mohon maaf, saya memutuskan untuk memfokuskan kepada ibadah sempena bulan Ramadan ini. Selepas berbincang dengan keluarga, saya tidak mahu memanjangkan isu ini.

“Nasihat saya kepada netizen, marilah kita sama-sama fokus pada hal-hal kebaikan pada bulan yang penuh keberkatan ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang mempertahankan tindakan Tasnim yang memberikan ganjaran kepada diri sendiri setelah bekerja keras.

Atiqah Johari