Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 Bermula Hari Ini – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulangi kenyataannya berkenaan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 yang akan dikreditkan kepada pemohon bermula hari ini.

Beliau berharap BKC Fasa 1 ini dapat meringankan bebean rakyat yang terkesan akibat krisis pandemik Covid-19.

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. 

“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan,” katanya dalam satu hantaran menerusi  Facebook pada Ahad.

Sebanyak RM3.1 bilion dana diperuntukan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk bayaran BKC kali ini.

“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.”Jelasnya.

Justeru itu, beliau berharap agar usaha kerajaan ini berjaya demi Keluarga Malaysia.

Salma Syahbuddin