“Beauty With Brains!” Siapa Sangka, Bekas Ratu Cantik Malaysia Ini Petugas Barisan Hadapan Di Hospital Putrajaya

Tak sangka!

Memang mengejutkan! Siapa sangka di sebalik gelaran beliau sebagai Ratu Cantik Malaysia, rupa-rupanya Dr. Nisha Tayanathan merupakan salah seorang doktor perubatan di Hospital Putrajaya!

Menurut laporan Berita Harian semalam, Dr. Nisha Tayanathan berkata ramai yang menghubunginya untuk meminta bantuan sejak pandemik Covid-19 bermula.

“Selalunya saya guna duit sendiri untuk membantu mereka dan meluangkan masa dengan kerja amal.

“Saya dididik dengan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Ibu bapa saya menjadi inspirasi. Saya sudah lama sertai misi kemanusiaan, sepanjang perjalanan ini, saya telah bertemu ramai orang susah, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tambahnya, semasa krisis ini, banyak pengorbanan dibuat oleh beliau dan rakan-rakannya demi menyelamatkan nyawa, bekerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.

Dr. Nisha juga menasihati semua orang supaya berhati-hati dan duduk di rumah sementara beliau dan rakan seperjuangan bertungkus-lumus membasmi wabak ini.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama okay?

Syafiqa Irdina