Categories: FeaturedGaya Hidup

Menjengah kehidupan Victoria Beckham, dia miliki segalanya yang didambakan wanita

Keluarga harmoni milik Victoria Beckham, pastinya mengundang cemburu ramai.

Sering terlihat sempurna, Victoria digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kehidupan lengkap. Memiliki rupa paras menawan, hakikatnya ibu beranak empat ini masih hangat walaupun sudah punya tiga anak bujang.

Tambah bahagia apabila dikurniakan suami yang bukan sahaja kacak, kaya dan ternama, bahkan penyayang pada anak-anak dan isteri. David Beckham juga pandai memasak, bahagianya!

Foto: Pinterest

Foto: The Sun

Kecemerlangan Victoria mengemudi hidupnya tidak terbatas pada kehidupan peribadi, bahkan pengasas label pakaian, Victoria Beckham (VB) itu sangat handal mengendalikan perniagaan. Ini terbukti dengan reputasi hebat lebih 15 tahun dicipta VB sehingga menjadi jenama diperkatakan dunia.

Dengan barisan fesyennya yang bergaya, meraih kejayaan antarabangsa dan portfolio pemilikan hartanah mewah, Kardashians sendiri pun bisa ‘tergugat’ dengan pesona serta kehebatan wanita ini.

Foto: BBC

Tambahan pula, wanita yang jarang-jarang tersenyum itu juga mempunyai deria fesyen yang sukar disangkal.

Pada 2016, isteri kepada bekas kapten pasukan bola sepak England itu, meraikan usaha dan penat lelahnya bersama suami dengan membeli sebuah rumah jenis townhouse di kawasan elit Holland Park, terletak di Barat London, bernilai RM169 juta (£31.5 million).

Menerusi perkongsian pasangan itu dalam media sosial seperti Instagram dan Snapchat, dapat dilihat kediaman enam bilik itu punya gabungan cita rasa mereka berdua dalam memilih idea-idea hiasan dalaman yang cantik dan praktikal hampir di setiap inci rumah. Sekali gus dilengkapi peralatan canggih bagi tujuan kemudahan dan keselamatan keluarga.

Biarpun tidak mendedahkan sepenuhnya kediaman mereka, wanita sinonim jolokan Posh Spice sewaktu menganggotai kumpulan wanita paling berpengaruh dunia, Spice Girls, tetap mencuri perhatian peminat dan warga siber, saat menghabiskan masa bersama keluarga.

Foto: Hello Magazine

Foto: Hello Magazine

Biarpun sibuk menyeimbangkan kehidupannya sebagai selebriti, pereka fesyen, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu, namun Victoria begitu positif melayari kehidupannya.

Wanita berusia 45 tahun ini, melebarkan lagi sayap perniagaan dengan melancarkan rangkaian kosmetiknya pula.

Dikenali sebagai seorang yang cerewet, Victoria memilih bahan-bahan semula jadi terpilih dan bersesuaian semua jenis kulit tanpa mengira usia, sebagai kandungan rahsia produk kecantikannya ini.

Yanie Baharom