Cikgu Sekolah  Memandu Tunjuk Alat Sulit Kini Diburu Polis

Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang melakukan gangguan seksual kepada pelajarnya kini diburu pihak polis.

Difahamkan, suspek bertindak membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri , suspek yang berusia 40 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada Ahad.

“Kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok.

“Ketika itu mangsa yang berusia 27 tahun berada di tempat duduk hadapan kereta yang dipandu suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

“Suspek dipercayai melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian,” tambahnya.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”