Percutian Rizalman Naik Jet Peribadi Ke Pulau Langkawi Curi Tumpuan

Percutian pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim bersama keluarga ke Pulau Langkawi mencuri perhatian warganet.

Menerusi laman Instagram, Rizalman dilihat menaiki jet peribadi bersama anaknya untuk bercuti ke Pulau Langkawi.

Malah, terdapat ura-ura yang mengatakan jet peribadi tersebut adalah milik Rizalman sendiri.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap gaya hidup pereka fesyen itu.

Malah, tak kurang juga yang berbangga dengan pencapaiannya sehingga mampu memiliki jet peribadi.

Terdahulu, gaya hidup mewah pereka fesyen terkenal itu seringkali menjadi perbualan warganet.

Difahamkan, Rizalman dan keluarganya memilih untuk menginap di sebuah villa mewah untuk menjaga privasi keluarganya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”