Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19.

Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka.

Ekoran pendedahan ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitter rasminya mengatakan yang baginda sendiri akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan 779 guru yang didakwa enggan menerima vaksin.

Baginda turut bertitah yang keutamaannya ketika ini adalah untuk mengatasi pandemik secepat mungkin supaya negeri Johor dan rakyat boleh menjalankan kehidupan seperti biasa.

Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terdapat golongan guru yang menolak pemberian vaksin.

Bagaimanapun, usaha kini dilakukan menerusi JPNJ dan Jabatan Agama Islam untuk memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru itu bersetuju menerima vaksin berkenaan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”