“Dakwaan ‘Allah Sayang Semua Orang’ Bercanggah Dengan…”- Peringatan Ustaz Abu Syafiq Undang Kritikan

Seorang pendakwah bebas yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq pernah mencetuskan kontroversi berkaitan dengan isu yang melibatkan Ustaz Ebit Lew (UEL).

Baru-baru ini, Abu Syafiq sekali mengundang kritikan ramai selepas berkongsi peringatan terhadap dirinya di laman Instagram.

Namun, peringatan yang dikongsi itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan warganet.

Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan daripada netizen yang menyifatkannya mempunyai masalah hati.

Malah, ramai yang meminta agar dia memahami ilmu agama dengan lebih mendalam sebelum mengulas sesuatu tafsiran al-Quran.

Sebilangan warganet turut meminta agar Abu Syafiq berhenti daripada mentafsirkan ayat Al-Quran kepada sesuatu yang negatif kerana bimbang akan membuatkan orang lain terpesong.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”