“Vaksin Ni Tuhan Ke Apa?” – Kenyataan Undang Kontroversi, Suhaimi Saad Sifatkan Netizen Lembu

Bekas penyanyi kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad, 41, sekali lagi mencuri perhatian apabila kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya mengundang kontroversi.

Suami kepada Ina Naim itu dilihat memuat naik hantaran bertulis ‘Vaksin ni Tuhan ke apa?’ dan ia mengundang ramai golongan anti-vaksin turut bersetuju dengan kenyataan beliau.

Menurutnya, kebanyakan sektor ekonomi termasuklah premis perniagaan menetapkan hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin sahaja boleh masuk ke dalam premis.

Ini sekaligus menyukarkan golongan anti-vaksin untuk menikmati kelonggaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kalau ikutkan hadis-hadis yang aku baca, akhir zaman ni, yang perasan nak jadi Tuhan dan nak semua orang sembah dia ni ada satu je #dajjal”

 

 

Label netizen sebagai #netizenlembu

Menerusi pemerhatian Xtra di laman Instagram beliau, ternyata Suhaimi turut menggelarkan individu yang telah mengambil suntikan vaksin sebagai lembu.

Bagaimanapu, Suhaimi meluahkan rasa hormat nya kepada 779 orang guru di negeri Johor yang sebelum ini menolak untuk menerima suntikan vaksin.

“Aku respect 779 cikgu cikgu johor tu. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang.

“Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu.”

 

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menerusi ciapan di akaun Twitter memaklumkan, perkara tersebut akan dilakukan dengan cara berhemah kerana keutamaan negeri Johor adalah untuk mengatasi pandemik  secepat mungkin.

 

Sumber  :Instagram @mosusofficial

Salma Syahbuddin