“Simple But Nice” – Berbaju Kurung Kedah Di Malam Berinai, Cantiknya Elisya Sandha!

Selamat melangsungkan perkahwinannya bersama anak sulung penerbit Sheila Rusly pada Sabtu, Elisya Sandha mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto mengenakan baju kurung kedah sempena majlis berinai beliau.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, isteri kepada Uzair Haqimy ini berkongsi idea dan situasi pada majlis tersebut yang diadakan pada Jumaat lalu.

Elisya berkata, ibunya yang meminta beliau mengenakan inai merah pada kuku sebagai tanda kenangan untuk seumur hidup.

“Malam berinai 20/8/21. A night to remember, dapat spend time dengan my family.

“So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kecoh satu rumah, last mama kata, ‘you kahwin sekali je seumur hidup, pakai je inai kat kuku’. Touching la,” tulisnya.

“Catiknya! Orang kata seri, manis, tenang, sempoi & berbaloi…”

Itu antara komen yang diterima Elisya apabila tampil dengan persalinan ringkas namun cukup anggun ditambah seri seorang bakal raja sehari.

 

Terdahulu, Elisya Sandha, 21, selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihan hati Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu lalu dengan wang hantaran berjumlah RM22,222,22 dan seutas gelang tangan emas putih sebagai mas kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Bernikah, Elisya Sandha Kini Bergelar Menantu Sheila Rusly

ARTIKEL BERKAITAN: Gemar Bungkus Makanan Berlebihan & Berjimat Cermat, Elisya Sandha Dipanggil ‘Minah Tapau’

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha Selamat Bertunang, Bakal Disatukan Awal Tahun Depan

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha Mampu Berdiri Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Cabar Diri, Elisya Sandha Jadi Anggota Bomba?

Salma Syahbuddin