“Heloknya… Cikgu Macam Ni Saya Pun Tak Nak Ponteng!” – Mulakan Tugas Sebagai Guru, Netizen Dakwa PU Riz Punca Murid Rajin Ke Sekolah

Pelakon, pendakwah bebas dan suami kepada Usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, PU Riz bakal memulakan tugasnya sebagai seorang guru pada minggu hadapan.

Perkara itu dikongsi PU Riz menerusi hantaran di laman Instagram miliknya selepas memberi sumbangan berupa projektor yang bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling pada Khamis.

“Smk Bandar Baru Sri petaling, penyerahan @lumosprojector_my utk pelajar tingkatan 5 khusus
Good luck for your SPM.

“Sumbangan hampir RM 15000 ini adalah hasil dr sumbangan saya dan & @lumosprojector_my

“My students! Form 2 and form 1 see you next week!” tulisnya.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 26, turut memaklumkan beliau akan mula bertugas pada minggu hadapan di sekolah berkenaan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah ruangan komen PU Riz dibanjiri dengan komen ‘nakal’ netizen yang mendakwa kehadirannya di sekolah berkenaan akan menjadi pemangkin untuk murid-murid rajin datang ke sekolah.

Selain itu, ada juga yang sanggup berpindah ke sekolah tersebut semata-mata untuk berjumpa dengannya.

Difahamkan, PU Riz bertugas sebagai  guru sementara dan mengajar subjek Bahasa Inggeris sejak tahun 2020.

 

Salma Syahbuddin