Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Pakar ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengagihkan kadar dividen yang lebih rendah bagi tahun 2022 berikutan jumlah pendapatan pelaburan yang lemah yang dicatatkan pada suku pertama yang berakhir pada Mac 2022.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Dana Pencen mengumumkan jumlah pendapatan pelaburannya telah merosot kepada RM15.85 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM19.29 bilion pada suku pertama tahun 2021.

“Kadar dividen KWSP dijangka jatuh seiring dengan pendapatan pelaburan yang lebih rendah,” kata Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng.

Selain itu, Profesor Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams mempunyai pendapat yang sama, beliau tidak menjangkakan dividen yang tinggi untuk 2021 akan berulang pada tahun ini memandangkan isyarat awal sudah boleh dibaca berdasarkan persekitaran pelaburan secara umum.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin