Kebenaran Operasi Institusi & Maahad Tahfiz Kini Dalam Proses Akhir – Dr. Zulkifli

Alhamdulillah.

Kebenaran untuk beroperasi bagi institusi dan maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan pihak berwajib, kini dalam proses akhir sebelum dimuktamadkan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bahawa keputusan akan dibuat selepas perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dalam masa terdekat.

Saranan KKM, MKN & Kerajaan Negeri Diambilkira

“Insya-Allah hari ini kita akan nilai dalam masa yang terdekat ini selepas pertimbangan sewajarnya  kerana kita perlu mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan (KKM), MKN dan kerajaan negeri,” katanya, hari ini.

Zulkifli berkata, pelbagai aspek perlu diteliti sebelum institusi dan maahad tahfiz persendirian dibenarkan beroperasi, bagi mengelakkan wujud kluster tahfiz seperti sebelum ini.

InsyaaAllah , sama-sama kita doakan yang terbaik.

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina