Categories: Trending Hari Ini

Kebenaran Untuk Ke Luar Negara Kini Dibenarkan Kepada…..

Kerajaan kini membenarkan rakyat Malaysia untuk ke luar negara pada waktu ini, namun ia hanya dikhususkan untuk kes tertentu yang mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan (Keselamatan) menjelaskan kes itu termasuk pelajar yang perlu pulang kembali ke universiti mereka untuk menjalani peperiksaan.

“Kita banyak terima permohonan pelajar yang terpaksa pulang ke universiti di luar negara sebab peperiksaan atau kes lain, jadi kita bersetuju untuk membenarkan kes-kes khas ini untuk keluar negara.

“Tetapi tertakluk kepada Jabatan Imigresen, mereka kena dapatkan kebenaran Jabatan Imigresen,” katanya pada sidang media harian, di Putrajaya hari ini.

Ujar beliau lagi, setakat ini kebenaran keluar negara bagi urusan tidak perlu termasuk melancong masih tidak dibenarkan termasuk kebenaran masuk warga asing ke Malaysia masih disekat.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover