KWSP i-Sinar: Boleh Mohon Mulai 21 Disember, Dibuka Kepada Semua Ahli Terjejas

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.

Kriteria kelayakan bagi Kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji

“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

“Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

KWSP berkata, bagi Kategori 2 pula, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Baca artikel berkaitan: Syarat Layak Mohon i-Sinar, Pengurangan Sehingga 30 Peratus

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”