Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Seorang penceramah bebas ditahan kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga merupakan anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu semasa hadir memberi keterangan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman, kejadian tersebut berlaku pada Mac lalu ketika mangsa mengikuti keluarganya menyertai program suspek yang diadakan dirumah bot berkenaan.

Beliau berkata, penceramah itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

“Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Berita Harian

Maya Basir