Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dikatakan membimbangkan.

Perkhabaran itu mula dikongsi orang ramai di media sosial hari ini, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ahli keluarga mahupun individu terdekat.

Difahamkan, terdapat juga lebih 20 petugas media berada di IJN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Ahli Parlimen Langkawi itu.

Untuk makluman juga, pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.

 

Pada 7 Januari lalu, mantan perdana menteri ke-7 ini dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar pada 13 Januari.

Terdahulu pada 16 Disember 2021, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

 

Sumber/kredit foto: BH

Salma Syahbuddin