Diraikan Dalam Majlis Cukup Mewah, Adik Neelofa Selamat Bergelar Isteri

Adik kepada pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa yang juga pempengaruh media sosial, Athisha Khan selamat diijabkabulkan pada Sabtu dalam upacara yang sangat mewah dilengkapi dengan persalinan serba putih rekaan pereka terkenal tanah air, Alia Bastamam.

Dinikahkan oleh bapanya, Datuk Halim Khan pada jam 3.33 petang, Athisha selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal dengan hanya sekali lafaz.

Majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Difahamkan, Athisha telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 bagaimanapun, tiada hantaran daripada kedua-dua belah pihak pengantin.

Namun, berdasarkan tinjauan Xtra di laman instagram story milik pasangan ini, Haiqal dilihat memuat naik gambar berupa sebuah kereta dengan kapsyen ‘wedding gift from le wife’.

Terdahulu, Athisha diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu kota baru-baru ini.

 

Sumber :Instagram @athishakhan,@littlemisskhan, @ehmalaysia 

Salma Syahbuddin