“Macam Harga Emas 916” – Video Gadis ‘Seludup’ Roti Gardenia Viral Di TikTok

Sebut sahaja roti jenama Gardenia, pasti semua orang tahu kan?

Malahan, pelbagai perisa boleh dipilih, menjadikan roti ini kesukaan ramai.

Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama Gardenia yang banyak.

Begitu juga dengan seorang gadis yang berasal dari Sabah telah memuat naik satu video berkenaan ‘penyeludupan’ roti ini di laman TikTok yang bernama @loanameg.

@loanameg

seludup roti.🤣 sori la. sabah teda ni. so ini normal bagi sabah/sarawak. #sabahan

♬ Mii Channel Theme (From “Nintendo Wii”) – Moisés Nieto

Video tersebut menunjukkan gadis itu memborong pelbagai jenis roti Gardenia untuk dibawa pulang ke negeri Sabah.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat gadis itu yang menunjukkan satu beg bagasi dipenuhi dengan roti Gardenia dan disusun dengan rapi.

“Harganya macam harga emas 916”

Melihat ke ruangan komen, ternyata rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak meluahkan perasaan terkilan mereka mengenai harga roti Gardenia di sana yang sangat mahal.

“Ada jual tapi rasa tak sama”

Walaupun terdapat kilang Gardenia di Sabah dan Sarawak, tetapi rasa roti itu tidak sama seperti di Semenanjung.

Ternyata roti ini adalah salah satu jenama roti kegemaran di kalangan warga Sabah dan Sarawak!

Marcella