“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi.

Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu ramai peminat mempersoalkan jika majlis yang diadakan adalah gimik semata mata kerana kedua dua Adam dan Sweet tercalon untuk Anugerah Bintang Popular (ABPBH 34)

“Ini bukan babak penggambaran drama, kami betul-betul bertunang,” kata Qismina yang meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 3.0 

“Kebetulan majlis pertunangan kami berlangsung dalam ‘perang’ kempen ABPBH 34. Ini bukan gimik, sebenarnya rezeki.

“Peminat kami sudah lama menanti ikatan terjalin. Sama juga dengan peminat di Indonesia yang bertanya-tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.

“Jadi, ini mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya.

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada Adam.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”