Majlis Sosial & Aktiviti Perhimpunan Melibatkan Pilihan Raya Adalah Dilarang – KJ

Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Khairy Jamaluddin memaklumkan antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Justeru itu, KKM kini menguatkuasakan larangan TIDAK membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula 25 October sehingga 27 November 2021.

Malah, larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan  ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Bakal berdepan tindakan undang-undang

Khairy berkata, sebarang pelanggaran kepada peruntukan itu, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Sumber:KKM

Salma Syahbuddin