“One Step Closer” – Latif Romly Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Jaguh lompat jauh negara, Latif Romly atau nama sebenarnya Abdul Latif bin Romly telah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar, Perlis pada Sabtu.

Pemenang pingat emas negara di sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu memuat naik gambar bersama tunangnya yang dikenali sebagai Nabila Farhana atau @naberss menerusi akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, Latif Romly juga bersyukur kerana sudah berjaya melangkah setapak ke hadapan dengan mengambil keputusan untuk bertunang dengan kekasih pilihan hatinya.

“Alhamdulillah, one step closer. I love you @nabersss,” tulisnya.

Berita pertunangan atlit paralimpik ini ternyata mendapat perhatian apabila ruangan komen instagram nya dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik termasuklah dari ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Untuk info, Latif Romly merupakan atlet paralimpik bagi acara lompat jauh T20.

Dan, merupakan salah seorang penyumbang pingat emas di Paralimpik London pada 2016 sehingga menerima ganjaran dari kerajaan Malaysia susulan prestasi yang menakjubkan.

Marcella