Umum mengetahui Bantuan Prihatin Nasional atau BPN merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Tentunya, ramai sekali yang telah membuat permohonan dan memanfaatkan sebaiknya peluang yang diberikan oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, mesti ada yang masih belum mengetahui status pembayaran BPN atau tidak tahu cara untuk membuat semakan bukan?
Mudah sahaja! Korang tidak perlu bergerak ke mana-mana bank. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini:
- Layari laman bpn.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad
- Jawab Captcha yang diberikan dan klik ‘Semak’

Jika status permohonan diluluskan, korang akan dapat melihat jumlah amaun yang bakal dikreditkan ke dalam akaun iaitu sebanyak RM500, RM800, RM1,000 atau RM1,600.

Sekiranya duit sudah berjaya masuk ke dalam akaun, status pada paparan skrin adalah seperti:

Walau bagaimanapun, bagi fasa pertama pembayaran wang BPN akan didahulukan kepada pemohon yang layak secara automatik iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga pembayar cukai sedia ada. Bagi pemohon baru BPN, korang dijangka akan mendapat bayaran penuh pada bulan Mei depan.
Mudah bukan? Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama okay?
Semoga bermanfaat!
Baca Juga: Bantuan Prihatin Nasional: Ini Dia Cara Nak Mohon Dan Segala Info Yang Korang Perlu Tahu!