Pagar Masjid & Surau Disaran Tidak Dikunci – Dr Zulkifli

Pagar masjid, Surau Jumaat dan surau disarankan untuk tidak dikunci pada waktu lain daripada waktu solat seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui laman Twitter rasmi miliknya.

Memudahkan Mereka Yang Bermusafir

Perkara tersebut dibuat untuk memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing.

”Bagi pelaksanaan solat berjemaah, pagar masjid, Surau Jumaat dan surau juga disarankan untuk tidak dikunci pada waktu selain daripada waktu solat bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing,” kata kenyataan tersebut.

Sumber: Twitter Dr.Zulkifli AlBakri


Syafiqa Irdina