Categories: Trending

Kubur Pesakit Covid-19 Digali Semula Gara-Gara Keputusan Swab Negatif

Pelik, tapi inilah yang berlaku…

Terdapat 10 jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti pesakit Covid-19 di Bandung, Indonesia kini digali semula.

Perkara ini berlaku selepas mendapati keputusan ujian saringan pesakit tersebut adalah negatif.

Mayat dikebumi dikawasan kubur pesakit Covid-19

Detik News melaporkan, mereka adalah antara 70 jenazah yang dipercayai positif COVID-19 dikebumikan di kawasan itu.

Dan mengikut amalan, mayat dan keranda akan dibalut menggunakan plastik, manakala pekerja pengebumian perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan, topeng muka dan baju khas.

Menurut, Setiausaha Dinas Tata Ruang (Distaru) Bandung, Agus Hidayat, kerajaan bersetuju untuk memindahkan kubur-kubur berkenaan ke Subang dan Sumedan, Indonesia atas permintaan ahli keluarga mereka selepas ujian swab mendapati mereka negatif COVID-19.

” Selagi ujian mengesahkan mereka negatif (COVID-19), kita benarkan” Katanya.

Tambahnya lagi, mayat dikebumikan semasa keputusan ujian belum keluar dan kerajaan terpaksa mengebumikan jenazah seperti pesakit Covid-19 lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Salma Syahbuddin