Pengunjung Pasar Pagi, Malam & Bazaria Selangor Perlu Amal Konsep BELI

Jangan lupa!

Semua pengunjung pasar pagi, pasar malam dan bazaria kini perlu mengamalkan konsep BELI.

Apa Itu Konsep BELI?

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Ng Sze Han bahawa orang awam perlu mengamalkan beberapa perkara ketika kunjungan.

Antaranya, semua pembayaran alternatif e-Wallet digunakan di mana pengunjung perlu beratur dan amalkan penjarakan sosial, menggunakan e-Wallet sebagai alternatif pembayaran, lajukan proses pembelian dan sentiasa mengimbas QR kod.

Pasar dan bazaria juga akan dibuka secara berperingkat dan konsep BELI sebagai rujukan normal baharu orang awam.

Ng berkata, PBT juga disaran melaksana laluan sehala bagi memudahkan kawalan ke atas pengunjung, namun ia tertakluk kedudukan pasar.

Jadi, sentiasa beringat okay!

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina