Perincian Manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Akan Dikeluarkan Dalam Bil Bulan Ini!

Berita baik!

Pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dapat melihat perincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diterima bagi April, Mei dan Jun, dalam Penyata Terperinci yang akan dikeluarkan bulan Julai ini.

Penyata Terperinci itu akan diterima pelanggan bersama bil Julai dalam tempoh tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat.

Boleh Semak Melalui Laman Web & Aplikasi myTNB

Pelanggan domestik juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil itu melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman.

Sebelum ini, kerajaan bersama TNB mengumumkan pemberian BPE sebagai pakej bantuan tambahan kepada semua 7.66 juta pelanggan domestik melalui pembiayaan penggunaan elektrik percuma hingga RM231 untuk tempoh tiga bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu April, Mei dan Jun 2020.

Diskaun 10 Peratus!

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 hingga 900 kWj sebulan juga akan menikmati diskaun 10 peratus iaitu tambahan 8 peratus daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2 peratus bermula April 2020 hingga September 2020.

Untuk sebarang persoalan mengenai bil, korang boleh hubungi di talian TNB CareLine 1-300-88-5454 okay!

Sumber: TNB, Berita Harian

Syafiqa Irdina