Categories: Trending

Sekolah Agama & Madrasah Tahfiz Berdaftar Dibawah KPM Beroperasi 15 Julai

Selepas pengumuman pembukaan semua sekolah oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin semalam, hari ini semua sekolah agama dan madrasah tahfiz yang berdaftar di bawah kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Julai ini.

Sekolah TIDAK berdaftar perlu rujuk kerajaan negeri

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bagi sekolah agama dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar, mereka perlu merujuk kepada kerajaan negeri sebelum memulakan operasi.

” Pembukaan ini juga termasuk madrasah yang jika berdaftar bawah KPM boleh terus dapat beroperasi, tetapi jika tidak berdaftar mereka kena mohon dengan kerajaan negeri masing-masing,”  Katanya.

Menyentuh mengenai pelaksanaan SOP di sekolah ini, beliau mengatakan semuanya perlu tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh KPM khasnya bagi para pelajar.

Salma Syahbuddin