Rakyat Dibenarkan Melakukan Aktiviti Sukan Outdoor Mulai 4 Mei- PM

Dalam perutusannya hari ini YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan melakukan aktiviti sukan outdoor bermula 4 Mei ini.

Namun begitu, aktiviti sukan yang dibenarkan tidak melibatkan kontak rapat seperti jogging, badminton, basikal, main tennis dan lain-lain.

Sukan yang memerlukan kontak rapat seperti bola sepak, ragbi dan renang tidak dibenarkan.

Hal ini bagi memastikan rakyat Malaysia terus kekal sihat di samping menjaga jarak sosial walaupun sepanjang tempoh PKP dilonggarkan.

Jangan lupa guys, jaga pemakanan amalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif sentiasa.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”