Ramadan Kian Tiba, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 23 April Ini

Bulan Ramadan hampir menjelang tiba, tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 23 April bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

15 kawasan terpilih untuk lihat anak bulan

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyatan rasmi mengumumkan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika PKP akan dilakukan di 15 kawasan terpilih.

15 kawasan berkenaan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).

Kredit foto: The Malaysian Times

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Menara Alor Setar (Kedah); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan).

Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang); Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Menurut kenyataan itu lagi, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Kredit foto: Hafzi Mohamed / TMR.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu tarikh permulaan puasa yang ditetapkan menerusi radio dan televisyen,”

Semoga kita dapat mempersiapkan diri dari segi jasmani dan rohani untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”