Remy Ishak Terkejut Baca Berita Nahas Pesawat Terhempas, Baru Berjumpa Juruterbang & Isteri Selasa Lalu

Pelakon Remy Ishak meluahkan rasa terkejut susulan nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie sekitar Bandar Elmina pada Khamis.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Remy mengucapkan salam takziah diatas pemergian salah seorang mangsa yang terkorban iaitu juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan.

Menurutnya, dia baru sahaja bertemu dengan salah seorang mangsa bersama isterinya yang dikenali sebagai Shefa dan keluarganya di sebuah restoran pada Selasa lalu.

“Takziah buat Shefa dan family atas pemergian Captain Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yang berlaku di Elmina, semalam.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah and his wife, Shefa at Mozers Shah Alam. Hari ni buka WhatsApp dapat this sad news.

“I’m so sorry to hear this Shefa, Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin ya rabb,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan sebanyak 10 mangsa terkoran dalam tragedi tersebut termasuk dua pengguna jalan raya yang menunggang motosikal dan kereta.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Maya Basir