Selepas 3 Bulan, Fizi Ali Akhirnya Dapat Jumpa Anak -“Terima Kasih Kepada Peguam Dapatkan Kembali Ameena”

Penyampai radio Hotfm, Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila dia bakal berjumpa dengan anak perempuannya, Ameena Sofia bermula 1 Mac depan.

Memetik laporan mStar, Fizi, 35, berkongsi perkara itu usai kes perbicaraan hadanah yang berlangsung, hari ini.

Malah,  Fizi mengaku akan menghabiskan masa bersama anaknya selama empat hari seperti yang ditetapkan.

“Akhirnya minggu depan saya dapat ambil Ameena, selepas tiga bulan tidak berjumpa.

“Hari ni kes hadanah saya dan saya gembira dan mahu ucapkan terima kasih kepada peguam saya sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walaupun hanya empat hari. Saya sangat bersyukur, Alhamdulillah.

“Kita tengok perjalanan kes bagaimana selepas ini,”katanya.

Mengulas lanjut, Fizi memaklumkan bekas isterinya, Shakilla Khoriri tidak meletakkan sebarang syarat ketika bertemu dengan Ameena sepanjang tempoh tersebut.

“Perjumpaan empat hari ini adalah permintaan saya, walaupun hak oenjagaan sepenuhnya belum diberikan. Ini adalah atas budi bicara peguam juga.

“Tiada syarat diletakkan bekas isteri,” ulasnya.

Sementara itu, Fizi memberitahu dia merancang untuk memohon cuti dan menghabiskan masa sepenuhnya bersama anaknya selain mahu membawa Ameena berjumpa nenek dan datuknya.

“Kami akan ke taman tema air, itu yang saya rancang. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira.

“Saya juga mahu bawa Ameena jumpa mak ayah. Mereka sangat rindukan Ameena walaupun tidak pernah meluahkan.

“Dekat rumah emak selalu pegang barang Ameena. Kami sangat rindu, ulasnya.

Sekadar info, sebutan kes berkenaan bakal disambung semula pada 19 Mei depan.

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin