Umum sedia maklum bahawa, walaupun bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telahpun dilaksanakan sejak 28 Mac yang lalu namun, masih ada segelintir rakyat yang permohonannya masih tidak berjaya sehingga ke hari ini.
Malah, mungkin ada segelintir pemohon yang terlepas pandang bahawa, permohonan rayuan BKM yang TIDAK LULUS telahpun dibuka secara atas talian (online) dan manual.
Namun, terdapat beberapa kategori rayuan yang TIDAK DIBENARKAN dibuat secara online. Jom semak!
Tarikh Permohonan Rayuan Manual
Permohonan rayuan secara manual bagi permohonan rayuan yang tidak dibenarkan dibuat secara atas talian boleh dibuat sepanjang tempoh berikut;
- 9 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022
Kategori Yang Tidak Dibenarkan Secara Online
Berikut adalah permohonan rayuan BKM yang tidak dibenarkan dibuat secara online.
- Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian
- Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
- Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
- Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain
- Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain
- Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
- Anak telah membuat permohonan lain
- Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain
Bagi mana-mana permohonan yang TIDAK LULUS dengan Kod Tidak Lulus seperti yang dinyatakan di atas, pemohon perlulah mengemukakan Rayuan ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan bersama-sama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Untuk makluman, pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan dan bukan dari kategori yang dinyatakan di atas dinasihatkan untuk membuat rayuan secara online sahaja bagi mengurangkan kesesakan di kaunter LHDN.
ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Cara Semak Bayaran BKM, Dikreditkan Ke Akaun Sendiri ATAU Pasangan?
ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Bayaran Fasa 1 Bermula 28 Mac Ini
Sumber: LHDN